Zamri, Tamim lari ke Thailand, kata KPN
2026-03-13 - 16:04
Penceramah, Zamri Vinoth, dan aktivis, Tamim Dahri Abdul Razak, akan didakwa selepas dibawa pulang, kata polis. PETALING JAYA: Polis terima arahan pertuduhan terhadap penceramah, Zamri Vinoth, dan aktivis, Tamim Dahri Abdul Razak, namun mereka telah melarikan diri ke Thailand, kata ketua polis negara. Khalid Ismail berkata usaha mengesan sedang giat dijalankan dengan bantuan pihak berkuasa Thailand. “Pertuduhan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat selepas kedua-dua suspek berjaya dikesan dan dibawa pulang,” menurut kenyataan. BERITA LANJUT MENYUSUL
Share this post: