Warga emas ditemukan maut selepas tetak orang
2026-03-02 - 14:04
Ketua Polis Pulau Pinang Azizee Ismail berkata lelaki warga emas disyaki suspek dalam satu kes serangan ditemukan telah meninggal dunia. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Seorang warga emas disyaki terbabit dalam kejadian serangan ke atas seorang individu di Pulau Pinang ditemukan meninggal dunia. Polis menemukan lelaki itu ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di George Town, pagi tadi. Penyiasat pergi ke rumah di Solok Codrington itu pada 8.05 pagi tadi, susulan maklumat yang diberikan oleh mangsa. “Sebaik tiba polis menemukan seorang lelaki berusia 68 tahun yang disyaki suspek dalam kes itu telah meninggal dunia,” kata Ketua Polis Pulau Pinang Azizee Ismail, lapor Bernama. Terdahulu, seorang lelaki berusia 58 tahun membuat laporan polis pada 6.30 pagi tadi, dalam keadaan berlumuran darah selepas ditetak oleh individu dikenali di sebuah restoran berhampiran Pasar Pulau Tikus. Menurut polis, senjata yang digunakan dalam kejadian itu ditemukan dalam tong sampah, kira-kira 50 meter dari lokasi serangan. Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada isu kewangan antara mangsa dan suspek. Kes disiasat bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.