TheMalaysiaTime

Wanita mati dijerut: Polis tahan 2 suspek termasuk suami

2026-02-17 - 11:56

Polis tahan 2 suspek warga Indonesia susulan penemuan mayat wanita di sebuah kebun pisang di Banting, Kuala Langat, semalam. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Dua suspek, termasuk suami mangsa, ditahan susulan penemuan mayat wanita yang mati dijerut di kawasan kebun pisang di Banting, Kuala Langat, pagi semalam. Ketua Polis Kuala Langat Mohd Akmalrizal Radzi berkata, siasatan setakat ini mendapati motif kes pembunuhan ini ialah cemburu. “Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari,” katanya kepada pemberita petang tadi, lapor Berita Harian. Terdahulu dilaporkan seorang wanita warga Indonesia berusia 30an ditemukan maut dengan kesan jerutan di leher di kawasan kebun pisang itu. Siasatan mendapati kejadian dipercayai membabitkan dua lelaki, tukang kebun warga Indonesia berusia antara 30an hingga 50an, yang kemudian ditahan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Share this post: