TheMalaysiaTime

Wanita disyaki gugur, tanam janin belakang rumah direman

2026-03-06 - 04:54

Seorang wanita berusia 25 tahun direman sehari selepas disyaki menyembunyikan kelahiran dengan menggugurkan janin sebelum ditanam di kebun dan belakang rumahnya. (Gambar Freepik) PETALING JAYA: Seorang wanita direman sehari bermula hari ini selepas disyaki menyembunyikan kelahiran dengan menggugurkan janin sebelum ditanam di kebun dan belakang rumahnya. Perintah reman terhadap suspek berusia 25 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurasidah A Rahman di Mahkamah Majistret Batu Pahat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 315 dan Seksyen 201 Kanun Keseksaan, menurut Berita Harian. Suspek dikatakan baru dibenarkan keluar hospital semalam selepas menerima rawatan akibat sakit belakang yang dipercayai kesan tindakannya menggugurkan janin berusia 17 minggu. Wanita itu bersama bersama teman lelaki berusia 27 tahun yang kini turut direman empat hari, disyaki menggugurkan janin itu sebelum menanamnya. Tindakan suspek terbongkar selepas dia menceritakan kejadian sebenar kepada doktor yang merawatnya. Susulan itu, pihak hospital menghubungi polis yang kemudiannya membawa suspek lelak ke dua lokasi di Kluang, tempat janin ditanam.

Share this post: