TheMalaysiaTime

Video tular gangguan seksual, pemandu e-panggilan sedang dikenal pasti

2026-02-02 - 11:56

Dalam video dirakam penumpang memaparkan pemandu itu menghulurkan tangan ke belakang untuk menyentuhnya dengan wanita itu menepis tangan lelaki tersebut. PETALING JAYA: Polis sedang mengenal pasti pemandu e-panggilan yang dilihat dalam sebuah video tular atas dakwaan melakukan gangguan seksual dalam kereta terhadap seorang penumpang wanita. Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat, berkata semakan pihaknya setakat ini belum ada laporan polis dibuat berkait kejadian. “Polis menerima video tular dimuat naik di media sosial memaparkan kejadian gangguan seksual terhadap seorang wanita oleh seorang pemandu e-panggilan dalam sebuah kereta. “Polis sedang mengenal pasti individu-individu terlibat, saksi kejadian, dan punca sebenar insiden tersebut,” katanya dalam kenyataan. Dalam satu video dipercayai dirakam penumpang itu, pemandu berkenaan dilihat menghulurkan tangan ke belakang untuk menyentuhnya, dengan kelihatan penumpang itu menepis tangan lelaki itu. Menerusi video tersebut, dia juga kedengaran bertanya dalam bahasa Mandarin mengenai umur wanita berkenaan dan berapa ‘harga’ untuk melanggannya.

Share this post: