Umat Islam sambut Raya pada Sabtu
2026-03-19 - 12:30
Petugas Jabatan Ukur dan Pemetaan cerap anak bulan Syawal di Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah, petant tadi. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu, umum Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Syed Danial Syed Ahmad malam ini. Pengumuman tersebut dibuat selepas anak bulan Syawal tidak kelihatan petang tadi, susulan proses cerapan yang dijalankan di 29 lokasi di seluruh negara. “Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada Sabtu, 21 Mac,” katanya menerusi siaran televisyen dan radio tempatan. Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Ramadan pada 19 Feb. BERITA LANJUT MENYUSUL