TheMalaysiaTime

Tikam ibu guna pembuka tin, wanita ditahan

2026-02-21 - 01:23

Ketua Polis Kuala Pilah Muhammad Mustafah Hussin, suspek menikam ibunya di bahagian leher susulan satu pergaduhan yang berlaku di Kampung Segineh Inas, Kuala Pilah. (Gambar PDRM) PETALING JAYA: Wanita berusia 50-an ditahan kerana disyaki menikam leher ibunya menggunakan alat pembuka tin dalam kejadian di Kampung Segineh Inas, Kuala Pilah, malam tadi. Ketua Polis Kuala Pilah Muhammad Mustafah Hussin, suspek dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental menikam mangsa berusia 80-an. “Polis menerima maklumat daripada orang awam pada 7.08 malam berhubung satu pergaduhan yang berlaku di sebuah rumah di kampung berkenaan. “Mangsa yang berusia dalam lingkungan 80-an kemudian dibawa ke Hospital Rembau untuk rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil serta masih di bawah pemantauan pihak hospital,” katanya menurut Bernama. Beliau berkata, motif kejadian masih dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi IPD Kuala Pilah menerusi talian 06-4842 999.

Share this post: