TH umum dividen tertinggi dalam 8 tahun 3.50%
2026-03-18 - 04:50
Menteri Hal Ehwal Agama Zulkifli Hasan berkata agihan itu lebih tinggi berbanding 3.25% bagi 2024 yang mencerminkan prestasi kewangan lebih baik. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat yang tertinggi dalam lapan tahun sebanyak 3.50% bagi tahun kewangan 2025. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan, berkata ia membabitkan agihan berjumlah RM3.22 bilion yang akan memanfaatkan 9.7 juta pendeposit dan kadar itu dicapai selepas mengambil kira pelunasan zakat sebanyak RM95.3 juta atau 2.577%. “Agihan ini lebih tinggi berbanding 3.25% bagi 2024, sekali gus mencerminkan prestasi kewangan lebih baik,” katanya menurut Berita Harian pada majlis pengumuman agihan keuntungan TH 2025 di Kuala Lumpur.