TheMalaysiaTime

Tamim dikesan, akan didakwa di Mahkamah Langkawi esok

2026-03-16 - 10:43

Aktivis Tamim Dahri Abdul Razak akan didakwa di Mahkamah Langkawi esok di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan atas dakwaan merosakkan simbol suci agama Hindu. (Gambar Facebook) PUTRAJAYA: Aktivis kontroversi Tamim Dahri Abdul Razak akan di dakwa di Mahkamah Langkawi esok, kata Ketua Polis Negara Khalid Ismail. Dalam satu sidang media di sini, Khalid berkata polis sedang mempergiat kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand untuk membawa pulang Tamim. “Maklumat terakhir yang kami perolehi, beliau (Tamim) berada di negara jiran kita, iaitu Thailand. Kita akan mendapatkan kerjasama yang berterusan bagi memastikan beliau dibawa pulang dan didakwa,” katanya Menurutnya, Tamim akan didakwa di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan atas dakwaan merosakkan simbol suci agama Hindu. BERITA LANJUT MENYUSUL

Share this post: