Syed Saddiq lamar Bella di puncak Kinabalu
2026-03-28 - 03:10
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melamar Bella Astillah dalam suasana mencabar di puncak gunung tertinggi negara. (Gambar Instagram) PETALING JAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan pertunangan dengan personaliti Bella Astillah selepas melamar wanita itu di puncak Gunung Kinabalu dalam hujan lebat. Perkhabaran itu dikongsikan menerusi hantaran di Instagram miliknya dengan kapsyen ringkas ‘I asked, she said yes’. “Ini bukan pengakhiran cerita, ini permulaan kita dan hari ini majlis pertunangan kami, doakan. “Bermula dengan kerjasama biasa yang akhirnya meraih lebih RM6 juta untuk rakyat, tanpa sedar turut menyatukan dua hati,” tulisnya. Menurut Syed Saddiq, lamaran itu berlaku dalam suasana mencabar di puncak gunung tertinggi negara. “Proposal di atas Gunung Kinabalu masa hujan lebat,” kongsinya. Hantaran itu juga menerima ucapan daripada pemimpin negara antaranya Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Biduanita Siti Nurhaliza. Sebelum ini, Syed Saddiq dan Bella menjadi perhatian apabila mereka sering tampil bersama untuk promosi pakaian hari raya, termasuk mendaki Gunung Kinabalu serta mencari dana bagi membantu mereka yang memerlukan. Untuk rekod, Syed Saddiq masih bujang, manakala Bella adalah ibu tunggal dua cahaya mata kepada Mohamed Ayden Adrean 9, dan Ara Adreanna, 6, selepas bercerai pada 2024.