TheMalaysiaTime

Syed Muhammad Naquib Al-Attas meninggal dunia

2026-03-08 - 16:13

Pemergian Syed Muhammad Naquib Al-Attas bukan sekadar kehilangan seorang tokoh, tetapi hilangnya sebutir permata ilmu bagi umat Islam, menurut menteri agama Zulkifli Hasan. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Tokoh ilmuwan dan pemikir peradaban Islam kontemporari Syed Muhammad Naquib Al-Attas meninggal dunia pada 6.47 petang tadi. Berita duka pemergian tokoh berusia 94 tahun itu dikongsikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan menerusi Instagram hari ini. Beliau berkata, pemergian Syed Muhammad Naquib bukan sekadar kehilangan seorang tokoh, tetapi hilangnya sebutir permata ilmu bagi umat Islam. “Almarhum dikenali sebagai mujaddid, pemikir, ilmuwan yang menyalakan kembali obor ilmu dan adab dalam dunia Islam,” katanya. “Buah fikiran dan perjuangan beliau bukan sahaja menghidupkan wacana intelektual, bahkan turut menyumbang kepada lahirnya institusi penting seperti Angkatan Belia Islam Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Institut Alam dan Tamadun Melayu, serta Istac (Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa),” katanya.

Share this post: