TheMalaysiaTime

Sarawak sedang teliti bentuk bantuan kepada rakyat

2026-03-28 - 13:30

Setiausaha Agung GPS Alexander Nanta Linggi, berkata Sarawak kini berada di landasan yang tepat dengan peralihan kepada tenaga alternatif seperti tenaga solar, hidrogen serta bahan api penerbangan mampan (SAF). (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Kerajaan Sarawak sedang meneliti bentuk bantuan bagi membantu rakyat menangani kenaikan harga barang kesan konflik Timur Tengah, kata Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Alexander Nanta Linggi. Nanta berkata, berkata Premier Sarawak Abang Johari Openg telah mengumumkan rancangan tersebut di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau semalam. Cadangan itu turut dibincangkan bersama Timbalan Premier Douglas Uggah Embas bagi memastikan bantuan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat. Dalam hantaran di Facebook, Nanta berkata Abang Johari turut menyentuh mengenai situasi geopolitik dunia yang memberi kesan besar kepada ekonomi global, termasuk konflik Timur Tengah serta negara seperti Venezuela dan Iran yang banyak berkait dengan sumber minyak. Katanya, premier turut mengingatkan betapa kebergantungan kepada bahan api fosil boleh memberi kesan besar kepada kestabilan ekonomi. “Namun, Sarawak kini berada di landasan yang tepat dengan peralihan kepada tenaga alternatif seperti tenaga solar, hidrogen serta bahan api penerbangan mampan (SAF),” katanya. Nanta berkata, Abang Johari turut memaklumkan satu mesyuarat akan dipanggil dalam masa terdekat bagi mempercepatkan penggunaan SAF.

Share this post: