TheMalaysiaTime

Saravanan nafi MIC sertai PN

2026-03-17 - 05:03

Timbalan Presiden MIC M Saravanan berkata Jawatankuasa Kerja Pusat masih belum membuat keputusan sama ada mahu menyertai Perikatan Nasional. PETALING JAYA: Timbalan Presiden MIC M Saravanan menolak dakwaan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Takiyuddin Hassan bahawa parti itu secara rasmi telah menyertai gabungan berkenaan. Saravanan menegaskan bahawa Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti masih belum membuat keputusan mengenai perkara itu. “Tiada keputusan dibuat oleh MIC untuk menyertai PN. Saya sudah jelaskan sejak awal lagi: kita akan serahkan kepada CWC untuk membuat keputusan dan setakat ini CWC belum memutuskan apa-apa,” katanya kepada FMT. BERITA LANJUT MENYUSUL

Share this post: