Sabar, kerjasama kunci hadapi lonjakan harga bahan api, kata Anwar
2026-03-20 - 08:20
(Gambar Bernama) BUKIT MERTAJAM: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan kerjasama semua pihak, termasuk pembangkang, amat penting ketika negara berdepan kenaikan mendadak harga bahan api akibat konflik Asia Barat. Anwar juga membidas pembangkang kerana menyalahkan Putrajaya atas krisis ekonomi dan gangguan bekalan bahan api semasa. “Bukan salah kita. Ini masalah perang dunia. Masih ada lagi beberapa orang pembangkang, maki hamun kita dalam keadaan sekarang .... Patut semua pakat cari penyelesaian. “Satu dunia gawat sekarang ... yang paling penting, sabar dan faham masalah ini,” katanya pada satu program libat urus komuniti di Dewan Komuniti Permatang Pasir. BERITA LANJUT MENYUSUL
Share this post: