TheMalaysiaTime

RUU had tempoh PM gagal raih 2/3

2026-03-02 - 11:14

44 Ahli Parlimen tidak mengundi manakala 32 wakil rakyat tidak hadir ketika Dewan Rakyat melakukan undian untuk RUU berkaitan pengehadan tempoh jawatan PM. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Rang undang-undang (RUU) berkaitan pengehadan tempoh jawatan perdana menteri gagal meraih sokongan 2/3 ahli Dewan Rakyat. Semasa undian belah bahagi petang tadi, seramai 146 Ahli Parlimen menyokong RUU tersebut, manakala 44 tidak mengundi dan 32 tidak hadir. Pindaan Perlembagaan ini, yang dibentangkan sebagai RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 1) 2026, mahu mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada maksimum 10 tahun atau dua penggal, dan terpakai ke atas bekas perdana menteri, sekiranya ia diluluskan Parlimen. Ia memerlukan sekurang-kurangnya 148 ahli Dewan Rakyat menyokong daripada 222 orang. BERITA LANJUT MENYUSUL

Share this post: