TheMalaysiaTime

Rumah ibadat: Usah suka hati ambil tindakan, kata Anwar

2026-02-11 - 15:56

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan kedaulatan undang-undang mesti dipatuhi. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa orang ramai tidak bertindak melampaui batas undang-undang berhubung rumah ibadat yang didakwa dibina tanpa kelulusan. Anwar berkata tiada satupun individu atau kumpulan mempunyai hak untuk bertindak mengikut perasaan, malah menegaskan kedaulatan undang-undang mesti dipatuhi di Malaysia. “Negara ini mestilah berasaskan peraturan dan undang-undang, bukannya kehendak individu. Anda tiada hak langsung untuk bertindak sewenang-wenangnya di luar batas undang-undang,” katanya. Kenyataannya itu susulan pertikaian baru-baru ini berkait rumah ibadat yang didakwa tidak mematuhi peraturan, selain kempen untuk memusnahkan premis seperti itu oleh pihak tertentu. Selain itu empat lelaki ditahan polis kerana dikatakan merosakkan satu kuil di Rawang, Selangor, hari ini. Kes itu disiasat bagi kesalahan khianat, merosakkan tempat ibadat, penghinaan dengan niat mengganggu keamanan, dan pencerobohan jenayah.

Share this post: