Rosmah gagal percubaan terakhir singkir hakim
2026-03-03 - 04:43
Pada 2022, Rosmah Mansor disabitkan dengan tiga kesalahan rasuah bernilai lebih RM200 juta berkaitan projek hibrid solar di Sarawak. (Gambar Bernama) PUTRAJAYA: Rosmah Mansor gagal dalam percubaan terakhirnya untuk mendapatkan perbicaraan semula kes rasuah projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion dengan memohon agar hakim perbicaraan yang mensabitkannya lebih tiga tahun lalu menarik diri. Susulan keputusan sebulat suara Mahkamah Persekutuan hari ini, rayuan Rosmah terhadap hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta akan didengar di Mahkamah Rayuan lewat tahun ini. Hakim Nordin Hassan yang mengetuai panel tiga hakim, berkata hakim perbicaraan, Hakim Zaini Mazlan, tidak berat sebelah dan dakwaan terhadapnya tidak berasas. “Perayu (Rosmah) gagal menunjukkan bahawa hakim perbicaraan bersikap berat sebelah. Tiada juga berlaku salah laksana keadilan,” kata Nordin, yang bersidang bersama Hakim Ruzima Ghazali dan Hakim Azimah Omar. BERITA LANJUT MENYUSUL