RON97 naik 10 sen, diesel dan RON95 tanpa subsidi naik 8 sen
2026-03-04 - 10:34
PETALING JAYA: Harga RON97 naik 10 sen kepada RM3.25 seliter, RON95 tanpa subsidi naik 8 sen kepada RM2.67 dan harga diesel di Semenanjung pula naik 8 sen kepada RM3.12 seliter, seiring peningkatan harga minyak dunia. Harga RON95 bersubsidi di bawah BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter manakala diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 bagi tempoh 5 Mac hingga 11 Mac. Kementerian Kewangan berkata pelarasan harga runcit berdasarkan perkembangan pasaran minyak dunia semasa, namun keutamaan tetap diberikan pada kestabilan harga. “Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan.
Share this post: