TheMalaysiaTime

Rentak pengasah bilah di Petaling Street

2026-02-20 - 00:33

Chow Hon Meng pakar mengasah pisau dan gunting sehingga kembali tajam, kemahiran yang dibentuk selama hampir 60 tahun. Mengasah bilah melibatkan beberapa peringkat, menggunakan batu-batu asah pelbagai grit, atau tahap kekasaran permukaan asahan. Chow Hon Meng, 76, memulihkan fungsi ribuan pisau dan gunting sejak usia 18 tahun. Grit menentukan kegunaan batu asah -- lebih tinggi nombor grit, lebih halus permukaannya. Grit kasar (nombor bawah 1000) digunakan untuk membaiki bilah tumpul atau sumbing. Grit sederhana (1000-3000) pula untuk bilah yang agak tumpul namun masih boleh memotong. Grit halus (4000-8000+) pula untuk melaras ketajaman bilah secara halus. Chow Hon Meng mula mengasah di Pulau Pinang. Beliau kini mengusahakan Heng Lee Trading Co, yang terletak di aras dua Bangunan Pak Peng, di Petaling Street, Kuala Lumpur. Chow Hon Meng menguji ketajaman gunting dengan memotong fabrik. Mengasah secara betul memelihara kejituan geometri bilah. Seumpama meditasi -- mengasah tanpa bantuan alat pemegang memerlukan ketenangan minda, fokus, dan kesabaran agar sudut yang diasah dan tekanan pada bilah sentiasa tekal. Chow Hon Meng bersama pelanggan melakukan 'diagnosis' ke atas bilah-bilah yang memerlukan perhatian beliau. Gunting yang berjaya dipulihkan fungsinya ini sudah bersedia untuk dimanfaatkan oleh tuannya. Chow Hon Meng meneruskan perniagaan keluarga.

Share this post: