TheMalaysiaTime

Remaja Yaman maut kereta jatuh gaung di Lebuhraya KL-Karak

2026-03-05 - 03:33

Anggota bomba menjalankan operasi menyelamat mangsa kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak membabitkan seorang maut dan tiga lagi cedera. (Gambar JBPM) PETALING JAYA: Seorang remaja lelaki warga Yaman maut manakala tiga lagi rakannya cedera selepas kereta dinaiki terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di KM27.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak awal pagi tadi. Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.47 pagi sebelum menghantar jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang yang tiba di lokasi kira-kira 16 minit kemudian. Katanya, operasi itu disertai oleh seramai lapan anggota. Katanya, sebaik tiba, bomba mendapati terdapat empat mangsa tersepit dalam kenderaan terbabit dan berjaya dikeluarkan anggota bertugas. “Tiga orang mengalami kecederaan ringan manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan. Bomba berkata mayat remaja yang maut itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. “Manakala yang cedera ke Hospital Selayang untuk bedah siasat. Operasi ditamatkan pada 6.08 pagi,” katanya.

Share this post: