TheMalaysiaTime

Rafizi sudah beri keterangan berkait perjanjian RM1.1 bilion, kata SPRM

2026-03-04 - 05:33

Bekas menteri ekonomi Rafizi Ramli menuduh SPRM menjalankan siasatan bermotif politik terhadapnya. PUTRAJAYA: Bekas menteri ekonomi, Rafizi Ramli sudah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan ke atas perjanjian RM1.1 bilion antara kerajaan dan sebuah syarikat asing. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata 12 saksi daripada pelbagai agensi kerajaan sudah dirakam keterangan mereka, termasuk bekas menteri itu. Menurutnya, pegawai lain termasuk pegawai tertinggi dari Kementerian Ekonomi, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida). “Saya tak mahu sebut nama, tetapi seorang bekas menteri telah dipanggil untuk memberi keterangan,” katanya dalam sidang akhbar di sini. BERITA LANJUT MENYUSUL

Share this post: