Rafizi dah balas surat tunjuk sebab PKR
2026-02-28 - 15:33
Bekas timbalan presiden PKR Rafizi Ramli berkata, kenyataan dibuat ketika temu ramah bersama Sin Chew Daily ‘mempunyai maksud seperti yang boleh difahami oleh sesiapa yang mempunyai penguasaan BM yang baik’. PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menjawab surat tunjuk sebab dikeluarkan PKR kepadanya pada 23 Feb, berhubung kenyataannya menyatakan hasrat bertanding pada PRU akan datang, tetapi bukan sebagai calon PKR. Dalam balasan kepada surat PKR yang dimuat naik Rafizi di Facebook, beliau menjelaskan, kenyataan yang dibuat ketika temu ramah bersama Sin Chew Daily, seperti yang dirujuk di dalam surat tunjuk sebab itu, ‘mempunyai maksud seperti yang boleh difahami oleh sesiapa yang mempunyai penguasaan bahasa Melayu yang baik’. “Kenyataan-kenyataan saya itu mempunyai maksud berikut ... saya akan kekal sebagai anggota PKR dan berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Pandan sehinggalah Parlimen dibubarkan bagi tujuan PRU,” kata Rafizi dalam surat itu. “(Selain itu), saya berhak mempunyai perancangan sendiri selepas Parlimen dibubarkan dan tidak lagi terikat dengan peruntukan bersabit pertukaran parti oleh Ahli arlimen di tengah-tengah penggal.” BERITA LANJUT MENYUSUL