Polis siasat dakwaan konspirasi, sabotaj jatuhkan kerajaan
2026-02-27 - 02:34
Ketua Polis Negara Mohd Khalid Ismail berkata siasatan dibuat di bawah Seksyen 14B Kanun Keseksaan iaitu terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Polis sedang menyiasat dakwaan seorang individu berpengaruh tempatan dan agensi media antarabangsa berkonspirasi untuk menjatuhkan kerajaan serta melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara. Ketua Polis Negara Mohd Khalid Ismail berkata siasatan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan polis mengenai dakwaan itu semalam. Katanya, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 14B Kanun Keseksaan iaitu terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen. Bagaimanapun, beliau tidak menamakan individu berpengaruh dan agensi media antarabangsa terbabit. “Siasatan masih diteruskan dan masyarakt dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes sementara polis melengkapkan siasatan demi menghormati prinsip keadilan jenayah negara ini,” katanya dalam kenyataan.