PM umum cuti tambahan sehari sempena Hari Raya
2026-03-15 - 05:43
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan cuti tambahan Hari Raya di tengah-tengah spekulasi mengenai tarikh hari pertama Syawal. PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan cuti tambahan sehari sempena Aidilfitri sama ada pada Jumaat depan atau Isnin berikutnya. Beliau berkata cuti pada 23 Mac diberikan jika 1 Syawal jatuh pada 20 Mac manakala cuti sehari awal iaitu pada 20 Mac jika 1 Syawal disambut pada Sabtu depan, lapor Bernama. Umat Islam di Malaysia mula berpuasa bagi bulan Ramadan pada 19 Februari. Pengumuman Anwar itu dibuat selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar semua pihak supaya bersabar dan tidak mudah terpengaruh dengan spekulasi berhubung penetapan tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini yang tersebar di media sosial. BERITA LANJUT MENYUSUL