Petisyen ditolak, Yusri Pungut kekal Adun Sindumin
2026-02-24 - 11:13
Pada PRN Sabah 29 Nov lalu, Yusri Pungut memenangi kerusi Sindumin dengan majoriti 362 undi dalam saingan 10 penjuru. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Yusri Pungut kekal Adun Sindumin selepas Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengetepikan petisyen pilihan raya bagi kerusi itu pada PRN Sabah tahun lalu. Hakim Mahkamah Tinggi Kuching, Dean Wayne Daly, menegaskan keputusan pilihan raya yang diwartakan sebelum ini sah dan kekal. Sinar Harian melaporkan hakim turut memerintahkan pempetisyen, Wendey Agong Baruh membayar kos RM20,000 kepada tiga responden. Responden pertama ialah Abdul Karim AM Zahari selaku pegawai pengurus pilihan raya, dengan Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai responden kedua yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan dari Pejabat Peguam Negara. Yusri pula sebagai responden ketiga mewakili dirinya yang juga peguam kanan di Sabah. Pada PRN Sabah 29 Nov lalu, Yusri memenangi kerusi Sindumin dengan majoriti 362 undi dalam saingan 10 penjuru.