TheMalaysiaTime

Permohonan Tamim sertai PKR akan lalui saringan, kata setiausaha agung

2026-03-08 - 07:54

Menurut PKR, Tamim Dahri kemuka permohonan sertai parti pada 5 Mac lepas. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Permohonan aktivis Tamim Dahri Abdul Razak untuk menyertai PKR akan melalui proses tapisan standard sebelum diluluskan, kata Setiausaha Agung Fuziah Salleh. Fuziah berkata, parti itu menerima permohonan Tamim pada 5 Mac lepas. “(Beliau) baru memohon kemasukan dan masih perlu melalui proses saringan sebelum diluluskan,” katanya kepada FMT. “Ada beberapa prosedur lagi yang perlu dilalui selepas isi borang sebelum (beliau) boleh jadi anggota yang sah.” Jumaat lepas, Tamim berkongsi tangkap layar di Facebook menunjukkan beliau telah menghantar permohonan untuk menyertai PKR melalui aplikasi rasmi parti tersebut. Aktivis itu sebelum ini ditahan bersama pendakwah Zamri Vinoth dan beberapa individu lain berhubung rancangan mengadakan perhimpunan di luar pusat beli-belah Sogo bulan lepas bagi memprotes rumah ibadat yang didakwa didirikan tanpa kelulusan. Perhimpunan itu gagal dilaksanakan selepas disekat pihak polis.

Share this post: