TheMalaysiaTime

Pelancong China lemas di Pulau Perhentian

2026-02-26 - 08:14

Ketua Polis Besut Mohd Rozaime Ab Rahim sahkan tiada unsur jenayah dalam kematian pelancong China yang lemas di Pulau Perhentian semalam. (Gambar Freepik) PETALING JAYA: Seorang pelancong warga emas dari China lemas selepas melakukan kegiatan selam permukaan di Teluk Keke, Pulau Perhentian, semalam. Ketua Polis Besut Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, mangsa lelaki berusia 68 tahun dikatakan tidak sedarkan diri ketika melakukan kegiatan itu bersama-sama rakannya pada 11.40 pagi. “Mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Pulau Perhentian namun disahkan meninggal dunia. “Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama. Mohd Rozaime, berkata mayat dihantar ke Hospital Besut dan bedah siasat hari ini mengesahkan mangsa meninggl dunia akibat lemas.

Share this post: