TheMalaysiaTime

Pekerja kantin melecur disimbah asid akibat cemburu

2026-01-26 - 03:04

Menurut polis, suspek akan direman pagi ini untuk membantu siasatan manakala mangsa dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim. PETALING JAYA: Seorang pekerja kantin melecur di muka, leher dan dada selepas disimbah asid dalam kejadian di Gurun, Kedah, kelmarin. Ketua Polis Kuala Muda, Hanyan Ramlan, berkata polis menerima panggilan pada 3.25 pagi daripada seorang wanita yang memaklumkan mangsa berusia 36 tahun disimbah asid di sebuah stesen minyak di Jeniang. Katanya, lelaki terbabit mengalami melecur kira-kira 11%. “Polis mengesan dan menahan suspek berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pemandu, pagi tadi. “Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan siasatan awal mendapati kejadian bermotifkan cemburu, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini, menurut Berita Harian. Tambahnya lagi, suspek akan direman pagi ini untuk membantu siasatan. “Mangsa dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH),” katanya.

Share this post: