TheMalaysiaTime

Pegawai Puspen langgar larangan bawa dadah ke pusat pemulihan

2026-02-26 - 07:24

EAIC syor kawal selia lebih ketat bagi memastikan tiada bahan terlarang dibawa masuk ke Puspen. (Gambar Envato Elements) PETALING JAYA: Seorang pegawai Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) didapati melanggar arahan berhubung larangan membawa masuk bahan terlarang ke premisnya di Serdang, Kedah. Perkara itu dikesan susulan siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) terhadap aduan membabitkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selepas 47 klien di pusat terbabit disyaki positif dadah jenis methamphetamine. EAIC berkata pihaknya mengesyorkan hukuman tatatertib terhadap pegawai terlibat di bawah Peraturan 38 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 kerana ingkar perintah. Suruhanjaya itu turut mengesyorkan laporan polis dibuat berhubung kejadian itu dan beberapa langkah penambahbaikan iaitu pindaan terhadap perintah tetap ketua pengarah. “Latihan diberikan kepada pegawai penyiasat dan pindaan terhadap asaran kerja utama supaya flushing dilakukan dengan lebih kerap bagi mengelakkan kejadian berulang. “Kawal selia yang lebih ketat bagi memastikan tiada bahan terlarang dibawa masuk ke Puspen,” katanya dalam kenyataan.

Share this post: