TheMalaysiaTime

PBT diberi kuasa roboh rumah ibadat tak ikut jalur hukum, kata Anwar

2026-02-09 - 02:16

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan juga tidak mengizinkan pembinaan mana-mana rumah ibadat, termasuk yang tidak mengikut peraturan dan jalur hukum yang sah. (Gambar Facebook) PUTRAJAYA: Kerajaan memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk merobohkan rumah ibadat termasuk kuil yang sengaja dibina tanpa mengikut peraturan undang-undang, tegas Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Beliau turut menegaskan kerajaan juga tidak mengizinkan pembinaan mana-mana rumah ibadat, termasuk yang tidak mengikut peraturan dan jalur hukum yang sah. “Saya dengan ini mahu mengumumkan ketetapan kita tidak lagi mengizinkan yang (pembinaan rumah ibadat) tidak mengikut peraturan, dan majlis bandaraya (PBT) diberi keizinan untuk bertindak supaya bersihkan (robohkan) kawasan yang bukan hak kuil supaya selesai masalah ini dengan baik. “Saya tahu (ini akan) mengundang kontroversi. Sebab itu beritahu, kalau yang melampau sampai ada kempen nak merobohkan kuil, itu salah juga. “Setiap tindakan nak dilakukan perlu ikut peraturan jalur hukum,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Perpaduan Negara di sini, hari ini. BERITA LANJUT MENYUSUL

Share this post: