TheMalaysiaTime

Padah lari dari peronda, ditahan selepas aksi kejar-mengejar

2026-03-20 - 11:00

Ketua Polis Petaling Jaya, Shamsudin Mamat, umum penahanan seorang lelaki yang cuba melarikan diri daripada peronda. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Seorang lelaki yang cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis ditahan selepas aksi kejar-mengejar dengan peronda di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Rabu lalu. Ketua Polis Petaling Jaya, Shamsudin Mamat, berkata suspek memandu sebuah Myvi secara agresif, malah melanggar beberapa kenderaan dalam percubaan melarikan diri. Selepas suspek ditahan, polis mendapati lelaki itu mempunyai rekod masih dikehendaki atas kesalahan di bawah Seksyen 15(4) Akta Pencegahan Jenayah. “Semakan ke atas nombor chasis kereta yang dipandu oleh suspek didapati mempunyai rekod kenderaan hilang bersabit laporan polis di daerah Kuala Bera (Pahang),” menurut kenyataan. Kes disiasat bawah Seksyen 186 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan. Majistret Petaling Jaya membenarkan permohonan reman selama dua hari sehingga hari ini. Suspek akan diserahkan kepada IPD Bera untuk tindakan lanjut selepas kertas siasatan di Petaling Jaya lengkap.

Share this post: