TheMalaysiaTime

Mesyuarat PN Khamis, Muhyiddin kekal jika majoriti tak setuju letak jawatan

2026-01-26 - 08:14

Timbalan Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan, kata Muhyiddin Yassin akan kekal sebagai pengerusi gabungan jika majoriti anggota tidak bersetuju dengan peletakan jawatannya. PETALING JAYA: Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, akan kekal sebagai pengerusi Perikatan Nasional (PN) jika majoriti anggota majlis tertinggi (MT) gabungan tidak bersetuju dengan peletakan jawatannya, pada Khamis. Timbalan Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan, mengumumkan kedudukan Muhyiddin akan ditentukan dalam mesyuarat luar biasa MT, melibatkan 16 anggota yang masih memegang jawatan. “Jika MT PN meluluskan perletakkan jawatan pengerusi PN, baru diadakan perbincangan untuk pemilihan pengerusi PN baharu,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS. “Kalau tak lulus maka ‘legally’ dia kekal sebagai pengerusi, tak perlulah lantik pengerusi yang baharu.” BERITA LANJUT MENYUSUL

Share this post: