TheMalaysiaTime

Mercun meletup: 7 termasuk kanak-kanak cedera, seorang ditahan

2026-03-23 - 13:40

Polis menahan seorang lelaki dalam siasatan berkait letupan mercun bola, di Pendang, Kedah. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan dalam siasatan polis ke atas kecederaan dialami tujuh individu disyaki kerana letupan mercun bola. Menurut polis, semua mangsa termasuk suspek, 21, mengalami kecederaan pada muka dan badan dalam kejadian di Pendang, Kedah pada Jumaat lepas. Seorang daripada mereka mengalami kecederaan serius pada mata. Antara tercedera seorang kanak-kanak berusia 11 tahun. “Ketika kejadian, mercun yang dinyalakan dipercayai masuk ke dalam plastik yang mengandungi mercun lain, menyebabkan letupan kuat,” kata Ketua Polis Pendang, Rodzi Abu Hassan, lapor Bernama. Kes disiasat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan, iaitu menyebabkan cedera dengan perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain. Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai enam bulan, atau denda yang boleh sampai RM1,000, atau kedua-duanya.

Share this post: