Mas Ermieyati letak jawatan ketua Bersatu Masjid Tanah
2026-02-19 - 10:03
Mas Ermieyati Samsudin bersama AJK Bersatu Masjid Tanah umum letak jawatan. (Gambar Facebook Melaka Daily) PETALING JAYA: Mas Ermieyati Samsudin meletak jawatan sebagai ketua Bersatu Masjid Tanah, pemimpin tertinggi pertama parti itu yang berbuat demikian. Dalam kenyataan dikeluarkan bekas setiausaha bahagian Shahrul Azhar Amir, turut meletak jawatan semua ahli jawatankuasa Bersatu Masjid Tanah, pimpinan semua sayap dan seluruh ketua cawangan. “Mesyuarat ini merakamkan secara sebulat suara tindakan itu dibuat atas faktor telah kehilangan kepercayaan kami kepada Muhyiddin Yassin sebagai presiden,” menurutnya. Mas Ermeyati yang juga ketua wanita Bersatu mengesahkan perkara itu ketika dihubungi FMT. Pada Sabtu, Ahli Parlimen Masjid Tanah itu hadir ke majlis perhimpunan menyokong Hamzah Zainuddin yang dipecat Bersatu, sehari sebelumnya. Bekas timbalan presiden itu turut mendakwa 18 daripada 25 Ahli Parlimen Bersatu. BERITA LANJUT MENYUSUL