TheMalaysiaTime

Mana ada petanda buruk, kata Punithan berkait ketiadaan PAS

2026-01-29 - 16:01

Satu pertemuan akan diadakan dengan PAS, kata Presiden MIPP P Punithan selepas mesyuarat presiden yang tidak dihadiri Hadi Awang. KUALA LUMPUR: Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) menolak anggapan bahawa ketiadaan PAS pada mesyuarat tampuk parti-parti Perikatan Nasional (PN) malam tadi suatu ‘petanda buruk’. P Punithan turut menafikan sebarang pergolakan dengan PAS, dan menambah satu perbincangan akan diatur dengan aprti itu. “Kami semua baik-baik saja. Kami sedang berbincang. Selepas ini, kita akan jumpa dengan PAS,” katanya kepada pemberita, selepas mesyuarat selama hampir tiga jam di kediaman Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin. Punithan menyapa pemberita dengan “PN stabil” sebelum sebarang pertanyaan sempat diajukan. “Mana ada petanda buruk. Kita ‘steady’ untuk PRU akan datang,” katanya. BERITA LANJUT MENYUSUL

Share this post: