Malaysia lonjak kedudukan ke 54 dalam indeks persepsi rasuah
2026-02-10 - 06:56
Malaysia naik ke tangga ke-54 dalam Indeks Persepsi Rasuah 2025 Transparency International berbanding ke-57 tahun lalu. (Gambar Envato Elements) PETALING JAYA: Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2025 Transparency International bertambah baik apabila naik ke tangga ke-54 berbanding ke-57 tahun lalu. CPI menilai 182 negara berdasarkan tahap persepsi rasuah sektor awam, menggunakan skala 0 (sangat rasuah) hingga 100 (sangat bersih). Malaysia mencatatkan skor 52 mata tahun ini, meningkat daripada 50 mata pada 2024 dan 2023. Keputusan terkini ini menampakan peningkatan selepas tidak banyak perubahan dari segi skor, selepas merekodkan 47 mata pada 2022, 48 mata pada 2021 dan 51 mata pada 2020. BERITA LANJUT MENYUSUL