TheMalaysiaTime

Malaysia Airlines batal penerbangan ke Qatar, Saudi

2026-02-28 - 12:04

Malaysia Airlines berkata pembatalan penerbangan sebagai langkah berjaga-jaga susulan penutupan ruang udara di beberapa bahagian Timur Tengah. (Gambar EPA Images) PETALING JAYA: Malaysia Airlines membatalkan penerbangan dari dan ke Qatar serta Arab Saudi hari ini dan esok susulan serangan udara bersama Israel-Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran. Malaysia Aviation Group berkata, penerbangan dari dan ke Doha, Jeddah serta Madinah dibatalkan sebagai langkah berjaga-jaga susulan penutupan ruang udara di beberapa bahagian Timur Tengah. Ia membabitkan penerbangan MH160 ke Doha, MH156 ke Jeddah dan MH158 ke Madinah untuk hari ini, manakala MH159 dari Madinah, MH161 dari Doha, MH164/MH165 dari Doha serta MH157 dari Jeddah bagi esok. “Penumpang terjejas sedang dimaklumkan dan dibantu dengan pengaturan perjalanan alternatif, jika perlu. Penerbangan ke destinasi terjejas akan terus digantung sementara menunggu penilaian lanjut ke atas situasi keselamatan,” menurut kenyataan MAG. BERITA LANJUT MENYUSUL

Share this post: