TheMalaysiaTime

Mahkamah Persekutuan kembalikan hukuman penjara, denda terhadap Isa

2026-02-10 - 03:06

Mahkamah Tinggi pada 2021 mendapati bekas pengerusi Felda Isa Samad bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah berkaitan pembelian sebuah hotel di Kuching. PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan mengembalikan sabitan dan hukuman terhadap bekas pengerusi Felda Isa Samad kerana menerima rasuah kira-kira RM3 juta berkaitan pembelian hotel di Kuching 12 tahun lepas. Nordin Hassan yang mengetuai panel tiga hakim berkata, Mahkamah Rayuan melakukan kesilapan boleh dirayu yang mewajarkan campur tangan mahkamah tertinggi. Justeru, rayuan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan pembebasan Isa dibenarkan. Panel hakim turut dianggotai Lee Swee Seng dan Ruzima Ghazali. Pada 2021, Mahkamah Tinggi mensabitkan Isa bersalah atas sembilan tuduhan rasuah membabitkan sejumlah RM3.09 juta. Isa dihukum penjara enam tahun dan didenda RM15.4 juta. Dua tahun lepas, Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Vazeer Alam Mydin Meera (kini hakim Mahkamah Persekutuan) sebulat suara membenarkan rayuan Isa, membatalkan sabitan dan hukuman terhadapnya lalu mencetuskan rayuan pendakwaan ini. BERITA LANJUT MENYUSUL

Share this post: