Mahkamah arah wanita tikam leher ibu jalani pemeriksaan mental
2026-02-26 - 09:14
Ketua Polis Kuala Pilah Muhamad Mustafah Hussin, berkata kes wanita tikam ibu itu akan disebut semula pada 2 April di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen Kuala Pilah memerintahkan wanita menikam leher ibunya dalam kejadian di Kampung Segineh Inas, Johol, baru-baru ini, menjalani pemeriksaan kesihatan mental di Hospital Permai di Tampoi, Johor Bahru. Memetik Kosmo, Ketua Polis Kuala Pilah Muhamad Mustafah Hussin, berkata perintah itu dikeluarkan terhadap tertuduh berusia 55 tahun itu oleh Hakim Hazeelia Muhammad, hari ini. “Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hazeelia Muhammad. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. “Kes disebut semula pada 2 April ini,” katanya di Kuala Pilah. Pada 20 Feb, dilaporkan seorang warga emas cedera di leher selepas ditikam dengan alat pembuka tin oleh anaknya yang disyaki mempunyai masalah mental.