Lesen Lynas Malaysia diperbaharui 10 tahun
2026-03-02 - 03:03
CEO dan Pengarah Urusan Lynas Rare Earths, Amanda Lacaze kelulusan pembaharuan lesen tersebut memberikan kepastian pelaburan kepada syarikat. (Gambar EPA Images) PETALING JAYA: Jabatan tenaga atom memperbaharui lesen operasi Lynas Malaysia selama 10 tahun, umum Lynas Rare Earths Ltd hari ini. Pembaharuan itu membolehkan syarikat berkenaan terus mengimport bahan mentah yang mengandungi bahan radioaktif semula jadi serta memproses nadir bumi di Malaysia bagi tempoh sedekad akan datang. CEO dan Pengarah Urusan Lynas Rare Earths, Amanda Lacaze, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas kelulusan pembaharuan lesen tersebut, sambil menyatakan ia memberikan kepastian pelaburan kepada syarikat. BERITA LANJUT MENYUSUL
Share this post: