Lelaki maut ditikam selepas gaduh berkait telefon bimbit
2026-03-12 - 00:44
Ketua Polis Melaka Tengah, Christopher Patit berkata suspek ditahan ketika bersembunyi dalam sebuah kereta yang terletak kira-kira 300m dari lokasi kejadian. PETALING JAYA: Seorang lelaki maut ditikam dalam pergaduhan dipercayai berpunca daripada perselihan faham berkaitan telefon bimbit di sebuah rumah Kampung Sungai Udang di Melaka, malam tadi. Ketua Polis Melaka Tengah, Christopher Patit berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira 8.30 malam membabitkan mangsa berusia 25 tahun dan suspek lelaki berusia 44 tahun. Katanya, suspek pada mulanya datang ke rumah mangsa untuk mengambil semula telefon bimbit miliknya yang sebelum ini diserahkan kepada mangsa kira-kira seminggu lalu, lapor Sinar Harian. “Pertemuan antara kedua-dua mereka dipercayai mencetuskan pertengkaran sebelum berlaku pergaduhan. “Ketika kejadian, abang mangsa yang berada berhampiran menyaksikan kedua-duanya sedang bergelut sebelum mangsa ditikam,” katanya yang dipetik sebagai berkata. Menurutnya, suspek kemudiannya melarikan dengan dengan bersembunyi dalam sebuah kereta kira-kira 300m dari lokasi kejadian sebelum berjaya ditahan polis. Christopher berkata, semakan awal mendapati mangsa dan suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah. Tambahnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.