TheMalaysiaTime

Lelaki cedera premis mercun terbakar di Perak

2026-03-27 - 10:30

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata empat khemah terbuka bersaiz 20 x 20 kaki persegi musnah terbakar kira-kira 90%. (Gambar Bernama) IPOH: Seorang lelaki cedera selepas khemah menjual mercun di Dataran Lenggong, musnah terbakar. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar bergegas ke lokasi sejauh 42km selepas menerima panggilan pada 2.48 petang tadi. “Kebakaran melibatkan empat khemah terbuka bersaiz 20 x 20 kaki persegi, setiap satu musnah terbakar kira-kira 90% dan melibatkan seorang mangsa berusia 34 tahun cedera,” katanya dalam kenyataan. Beliau berkata, kebakaran dipadamkan sepenuhnya 3.56 petang tadi.

Share this post: