TheMalaysiaTime

Larangan import e-waste berkuat kuasa hari ini

2026-02-04 - 11:16

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata e-waste tidak lagi dibenarkan masuk ke negara ini. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan pengimportan sisa elektronik (e-waste) diklasifikasikan bawah kategori Larangan Mutlak mengikut Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023 berkuat kuasa serta-merta hari ini. Keputusan itu dicapai melalui mesyuarat pasukan petugas khas hala tuju pengurusan penguatkuasaan pengimportan sisa plastik dan e-waste dalam negara sebagai langkah memperketatkan kawalan kemasukan sisa berbahaya dan melindungi alam sekitar. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, yang mempengerusikan mesyuarat itu menegaskan tindakan penguatkuasaan tegas dan bersepadu semua agensi berkaitan adalah diperlukan. BERITA LANJUT MENYUSUL

Share this post: