Kuwait tertembak 3 jet pejuang AS
2026-03-02 - 23:53
Pihak berkuasa sedang mengenal pasti punca sebenar tiga pesawat pejuang F-15E Strike Eagle AS ditembak jatuh secara tidak sengaja oleh pertahanan udara Kuwait. (Gambar EPA Images) ISTANBUL: Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (Centcom) memaklumkan tiga pesawat pejuang F-15E Strike Eagle miliknya “ditembak jatuh secara tidak sengaja oleh pertahanan udara Kuwait,” lapor Anadolu Ajansi. “Pada 11:03 malam ET (0403 GMT), 1 Mac, tiga pesawat F-15E Strike Eagle AS yang sedang menjalankan misi sokongan bagi ‘Operation Epic Fury’ terhempas di kawasan Kuwait akibat insiden dipercayai berpunca daripada ‘tembakan rakan sendiri’ yang tidak disengajakan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin. Centcom mengesahkan semua enam anak kapalnya melenting keluar dengan selamat dan dalam keadaan stabil. “Kuwait mengakui insiden ini dan kami menghargai usaha pasukan pertahanan Kuwait serta sokongan mereka dalam operasi ini,” kata Centcom. Pihak berkuasa turut memaklumkan siasatan dilancarkan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu.