Konflik Asia Barat: Kerajaan panggil MB, KM bincang kesan ekonomi
2026-03-27 - 07:30
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau juga sedang merancang untuk memanggil pemimpin semua parti politik bagi menghadiri sesi taklimat khas. SHAH ALAM: Kerajaan akan memanggil menteri besar, premier dan ketua menteri minggu depan bagi membincangkan isu kesan ekonomi serta keselamatan negara susulan konflik di Asia Barat. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata beliau juga sedang merancang untuk memanggil pemimpin semua parti politik bagi menghadiri sesi taklimat khas. Katanya, taklimat akan melibatkan Majlis Keselamatan Negara, Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan agensi berkaitan bagi memberi gambaran jelas mengenai situasi semasa dan langkah perlu diambil. BERITA LANJUT MENTYUSUL
Share this post: