KJ, Zahid beberapa kali bertemu
2026-03-07 - 14:53
Zahid Hamidi kata Umno tiada masalah untuk terima sesiapa sahaja yang mahu kembali, apabila ditanya tentang Khairy Jamaluddin. PETALING JAYA: Bekas menteri, Khairy Jamaluddin, dikatakan beberapa kali bertemu Presiden Umno, Zahid Hamidi, berhubung menyertai parti itu semula. Zahid memaklumkan perkara itu ketika ditanya pemberita mengenai hasrat bekas ketua Pemuda itu untuk kembali ke pangkuan parti, selepas Umno membuka pintu kepada bekas ahli. Beliau juga berkata Umno tiada masalah untuk menerima sesiapa sahaja yang mahu kembali tanpa sebarang syarat. “Saya fikir Umno akan subur kerana saudara baharu telah timbul dalam kalangan mereka yang ingin menyertai semula,” kata lapor Bernama. Terdahulu hari ini, Khairy berkata menyifatkan langkah Umno membuka pintu kepada bekas ahli sebagai perkembangan yang positif, “dan satu peluang murni bagi saya secara peribadi”. Zahid sebelum itu berkata undangan kepada ahli yang pernah dipecat atau digantung itu demi membuka lembaran baharu untuk memperkukuh kembali ‘keluarga besar’ Umno. Khairy, yang pernah memegang pelbagai portfolio, dipecat daripada parti pada Januari 2023 kerana melanggar disiplin parti semasa PRU15. Oktober lalu, media melaporkan bahawa beliau dijangka menyertai semula Umno selepas mendapat ‘restu’ daripada Zahid.