TheMalaysiaTime

Ketua pembangkang dari PAS diumum hujung bulan ini

2026-03-14 - 06:03

Ahmad Samsuri Mokhtar pada sidang media selepas mesyuarat tertinggi PN di Ibu Pejabat Gerakan. KUALA LUMPUR: Pengganti kepada Ahli Parlimen Larut Hamzah Zainudin sebagai ketua pembangkang yang disahkan dari PAS akan diumumkan hujung bulan ini. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Ahmad Samsuri Mokhtar berkata demikian selepas mesyuarat tertinggi gabungan terbabit di Ibu Pejabat Gerakan. Kedudukan Hamzah sebagai ketua pembangkang menjadi persoalan selepas beliau dipecat Bersatu pada 13 Feb lalu susulan krisis parti itu dan dakwaan mencabar Presiden Muhyiddin Yassin. Mesyuarat PN pada 19 Feb lalu turut memutuskan PAS mengambilalih jawatan itu namun Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul memaklumkan belum ada pemakluman mengenainya. Hamzah dilantik sebagai ketua pembangkang pada 2022 selepas kerajaan perpaduan dibentuk, susulan cadangan oleh PAS, meskipun Muhyiddin memegang jawatan pengerusi PN ketika itu. BERITA LANJUT MENYUSUL

Share this post: