Kes pemain warisan: Harimau Malaya kalah 3-0 aksi lawan Nepal, Vietnam
2026-03-17 - 07:03
Teh Kean Kiat 2:52 PM (8 minutes ago) to FMT, bmpool It looks like this message is in Malay caption Persatuan Bolasepak Malaysia berkata mesyuarat dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC Jahangir Baglari mendapati ia melanggar Artikel 56 Kod Tatatertib & Etikanya. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Jawatankuasa Tatatertib & Etika Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memutuskan Harimau Malaya kalah dua perlawanan kelayakan Piala Asia 2027 dan didenda USD50,000 atau RM196,119 kerana menurunkan pemain tidak layak. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata, mesyuarat dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib & Etika AFC, Jahangir Baglari, mendapati FAM melanggar Artikel 56 Kod Tatatertib & Etikanya. Ia membabitkan aksi menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 25 Mac 2025 yang menyaksikan Malaysia menang 2-0 serta perlawanan menentang Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 10 Jun 2025 yang berkesudahan Malaysia menang 4-0. “Sehubungan itu, Jawatankuasa Tatatertib & Etika AFC telah membuat keputusan Malaysia diisytihar kalah dengan jaringan 3-0 pada kedua-dua perlawanan tersebut berdasarkan Artikel 25.1 Kod Tatatertib & Etika AFC,” katanya dalam kenyataan. FAM memaklumkan akan mengemukakan permohonan bertulis bagi mendapatkan alasan penuh keputusan daripada jawatankuasa berkenaan sebelum mempertimbang langkah seterusnya.