TheMalaysiaTime

Kes fitnah kaitkan Ismail dengan serangan terhadap anak Rafizi kini NFA

2026-02-04 - 14:06

Pihak berkuasa sebelum ini menyiasat fitnah di Facebook yang mengaitkan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob dengan serangan terhadap anak Rafizi Ramli. PETALING JAYA: Kes fitnah di Facebook yang mengaitkan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob dengan serangan terhadap anak kepada Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, telah dikelaskan sebagai ‘tiada tindakan lanjut’ Kementerian Dalam Negara berkata keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) itu berdasarkan laporan analisis profil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, yang tidak dapat mengenal pasti pemilik akaun berkenaan, serta tidak dapat mengaitkan mana-mana individu secara konklusif dengan akaun yang disiasat. Kertas siasatan kes berkenaan dibuka bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. “Kertas siasatan tersebut telah dirujuk kepada AGC pada 23 Dis 2025 dan pihak AGC telah memutuskan untuk mengklasifikasikan kes ini sebagai ‘No Further Action’ (NFA),” katanya dalam jawapan bertulis di laman Parlimen. KDN menjawab pertanyaan Rafizi berhubung status siasatan pihak berkuasa terhadap satu laporan yang dibuat setiausaha akhbar kepada Ismail, pada 18 Ogos, berhubung fitnah itu. BERITA LANJUT MENYUSUL

Share this post: