Kerugian RM3.5 juta akibat ‘love scam’ setakat Januari
2026-02-22 - 06:43
Golongan wanita terus menjadi mangsa paling ramai dengan mencatat 60% daripada jumlah kes manakala baki 40% adalah lelaki. KUALA LUMPUR: Polis merekodkan 100 kes penipuan cinta atau ‘love scam’ melibatkan kerugian RM3.5 juta dalam tempoh sebulan pada Januari lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Rusdi Mohd Isa, dalam kenyataan hari ini berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak lima kes berbanding tempoh sama tahun lepas. “Jumlah kerugian yang direkodkan pada Januari lepas adalah RM3.5 juta, menurun sebanyak 27% berbanding RM4.9 juta kerugian pada Januari tahun lepas. “Golongan wanita terus menjadi mangsa paling ramai dengan mencatat 60% daripada jumlah kes manakala baki 40% adalah lelaki. Sebanyak 72% mangsa berusia 30 hingga 50 tahun,” katanya. Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati dengan sindiket ini dan membuat semakan di portal Semak Mule PDRM di https://semakmule.rmp.gov.my.